19 Nov 2019

PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN HUKUM




ISI KANDUNGAN

1.0       PENGENALAN TOPIK                                                                                          3
2.0       PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN HUKUM                         4
3.0       HUBUNG KAIT ANTARA ILMU FIQH, USUL FIQH DAN QAWA’ID
FIQH SERTA APLIKASINYA                                                                              6
4.0       KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PENYUSUNAN ILMU USUL
FIQH HARI INI                                                                                                       11
5.0       KESIMPULAN                                                                                                         13
            RUJUKAN                                          








1.0       PENGENALAN 
Usul fiqh merupakan satu-satunya manhaj ilmiah untuk mengistimbat hukum syarak. Ia merupakan panduan untuk memahami serta mentafsirkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ketika merumus hokum-hakam dan mensabit pemikiran mahupun ijtihad. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang berkaitan dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hokum-hakam amali bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan termasuk perbuatan hati. Di samping itu juga, manhaj bukanlah teknik atau sistem kajian ilmiah sebaliknya ia adalah jalan (al-tariqah) yang akan memandu seseorang pengkaji menemui kebenaran sama ada dalam bentuk berita yang hendak dipastikan kesahihannya iaitu perkhabaran melalui periwayatan yang sampai kepada asal atau isu yang hendak dipastikan kebenaran atau kepalsuan buktinya. Manhaj ilmiah juga adalah suatu ilmu yang telah disaring serta lengkap yang boleh diyakini untuk dijadikan sumber ilmu. Ia bukanlah ciptaan dan rekaan kerana jika ia adalah suatu rekaan, maka pasti memerlukan kepada manhaj yang lain untuk memastikan manhaj yang pertama tepat, benar dan seterusnya memenuhi spesifikasi ilmiah. Selain itu, melalui manhaj yang telah sedia wujud ini juga merupakan penyeru atau penyokong kepada pembaharuan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dipermain atau mengubah hukum syarak. Maka, asas-asas hukum yang kononnya hendak diperbaharui itu tidak akan terhasil dengan dawabit yang yang terikat kemas dan mempunyai manhaj yang mengawalnya. (Muhammad Adib bin Samsudin 2010) Oleh itu, pengenalan terhadap usul fiqh akan diterangkan secara terperinci dalam penulisan ini untuk kita mengetahui kaedah pengistinbatan hukum dengan menggunakan kaedah usul fiqh.
Perkataan usul fiqh adalah kombinasi daripada dua perkataan al-Usul dan perkataan al-Fiqh. Daripada kedua-dua perkataan ini digabungjalinkan menjadi satu rangkaian perkataan iaitu Usul al-Fiqh. Oleh itu, untuk memberikan definisi kepada ilmu usul fiqh ini boleh dilihat dari dua sudut atau pendekatan. Pertamanya ialah definisi secara Idafiyy atau dengan kata yang lain definisi secara Idafiyy ialah melihat kepada tiap-tiap perkataan iaitu perkataaan usul dan perkataan al-fiqh. Seterusnya makna bagi setiap perkataan itu digabungkan menjadi satu definisi yang dapat menyampaikan maksud dengan jelas dan inilah yang diistilahkan sebagai ilmu Usul al-Fiqh. Keduanya ialah definisi secara mufrad iaitu dengan melihat pada kedua-dua perkataan itu sebagai satu rangkaian yang khusus tanpa dipisahkan antara satu sama lain.
1)            Dalil. Misalnya kepada kefardhuan solat: أَقِيمُوا الصَّلَاةَ
Ertinya: Maka dirikanlah solat. (Al-Baqarah 2: 83) Ini bermakna kewajipan menunaikan solat berdasarkan kepada dalil al-Quran di atas.
2)            Kaedah yang berterusan. Contohnya keharusan memakan bangkai berlawanan dengan hukum asal iaitu kaedah yang sentiasa dipakai ialah hukum memakan bangkai itu haram kecuali keadaan darurat.
3)            Rajih. Misalnya pada percakapan itu ialah hakikat iaitu yang rajih pada pendengar itu adalah sesuatu yang hakikat.
4)            Sesuatu untuk dijadikan sebagai qiyas. Contohnya rukun qiyas terbahagi kepada empat iaitu al-asl, hukum al-asl, furu’ dan ‘illah. Sementara itu, perkataan al-fiqh dari segi bahasa adalah bermaksud faham. Selain itu, perkataan fiqh juga ditakrifkan sebagai mengetahui maksud atau tujuan seseorang. (al-Amidiyy 1909) Manakala pengertian fiqh mengikut istilah hukum syarak pula ialah: Mengetahui ketentuan hukum-hukum syarak yang tertakluk kepada perkataan dan perbuatan orang-orang yang mukallaf yang didapati hukum-hukumnya daripada dalil-dalil yang terperinci. (Al-Asnawiyy 2005) Hukum syarak secara amali ialah perkara yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf, seperti solat, puasa, zakat, jual beli dan jenayah.

2.0       PERANAN USUL FIQH TERHADAP DALIL DAN HUKUM
Peranan usul fiqh menyiapkan kaedah-kaedah dengan mempergunakan dalil-dalil yang terinci yang diperlukan dalam menetapkan hukum syara’. Ringkasnya bahawa peranan Usul Fiqh itu adalah kaedah-kaedah yang dipergunakan mengistimbathkan hukum dan dalil-dalil yang terperinci dan kuat. Jadi Usul lebih dahulu, baru lahirnya dari Fiqh, sebab Fiqh diciptakan dari Usul Fiqh, maka peranan usul itu adalah apa-apa yang diciptakan di atasnya usul adalah lainnya usul yaitu Fiqh (hukum islam). Maka kedudukan Usul Fiqh itu adalah sebagai dasar dari Fiqh Islam ertinya: Usul Fiqh itu merupakan sumber-sumber atau dalil-dalil dan bagaimana cara menunjukkan dalil-dalil tersebut kepada hukum syara’ secara ijmal atau garis besar. Dengan kata lain tanpa pembahasan mengenai Usul Fiqh, maka Fiqh tidak dapat didapatkankan, kerana asasnya (usul fiqh) wajib difahami terlebih dahulu.
Jadi peranan dan kedudukan Fiqh dan Usul, adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya saling memerlukan, dalam sasaran menerapkan hukum Islam terhadap orang-orang yang mukallaf.
Peranan Usul al-Fiqh dalam mengistimbahtkan Hukum Islam menurut (Muhammad Abu Zahrah, 2002, Usul Fiqh) seorang ulama kenamaan dari Mesir. setidaknya ada dua peranan yang dimainkan oleh Usul al-Fiqh, iaitu: Sebagai kaedah yang menjadi pegangan bagi seorang faqih yang hendak berijtihad. Sebagai kaedah (qanun) yang menjaga seorang faqih dari kesalahan dalam melakukan ijtihad (istimbaht hukum). Dalam hal mengistimbaht hukum ini, Usul al-Fiqh boleh diibaratkan sebagai sebuah peta jalan yang membawa seorang pengembara mencapai tujuannya sesuai dengan hukum islam. Boleh dikira, antara satu mujtahid dan mujtahid lain memiliki ijtihad Usul al-Fiqh yang berbeza-beza, namun memiliki tujuan yang sama, iaitu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dalam kerangka maslahah manusia sebagai makhluk individu mahupun sosial.
Usul fiqh juga amat penting dalam mengawal kaedah pendalilan dengan membezakan antara dalil-dalil yang sahih dan dalil-dalil yang palsu. Ini kerana, dalam zaman yang serba canggih. Pelbagai penyebaran fitnah tentang dalil-dalil mudah tersebar. Sebagai contoh, penggunaan laman web, terlalu kerap tersebar tentang dalil-dalil palsu yang akhirnya banyak mengelirukan mukallaf dan mualaf. Selain tentang kesahihan dalil. Pendalilan yang tepat juga penting kerana bukan semua dalil yang sahih digunakan dengan cara pendalilan yang betul. Dengan usul fiqh juga usaha ijtihad menjadi mudah dalam mengeluarkan hokum yang sesuai dengan perkara-perkara baru yang berbangkit. Usul fiqh juga mempunyai adab-adabnya. Malahan, mufti mempunyai syarat-syaratnya. Ini kerana, penerangan kaedah-kaedah fatwa sesuatu yang sangat berat kerana ianya adalah hukum allah s.w.t.
Secara tidak langsung, usul fiqh menjaga dasar-dasar pendalilannya dan menyanggah kesamaran golongan yang menyeleweng. Maka, aqidah islam lebih terpelihara. Dalam pemeliharaan dalil-dalil ini, para mujtahid mengawal kaedah-kaedah perdebatan dan perbincangan selalunya terlebih dahulu merujuk kepada dalil-dalil yang sahih lagi muktabar. Malahan, usul fiqh juga tersurat dengan toleransi islam demi mengekalkan kesejahteraan, kemudahannya dan juga kebaikannya.

3.0       HUBUNG KAIT ANTARA ILMU FIQH, USUL FIQH DAN QAWA’ID FIQH SERTA APLIKASINYA


Rajah 1.0: hubungan antara ilmu fiqh, usul fiqh dan qawa’id fiqh
 


Berdasarkan rajah 1.0 diatas. Adalah, berkaitan dengan kaedah-kaeda usul fiqh. Perkataan qawa’id pada bahasa adalah asas. Usul fiqh pula merupakan ilmu yang membincangkan kaedah bagaimana penentuan suatu hukum syarak dilakukan. Daripada usul fiqh lahirnya hukum fiqh. Daripada hukum fiqh pula terbentuknya qawa’id fiqh.
Kaedah usul fiqh memuat pengisian tentang mengistimbaht hukum dari sumber aslinya iaitu Al-Quran dan al-sunnah. Dengan menggunakan pendekatan secara perbahasan. Sedangkan kaedah fiqh merupakan petunjuk perlaksanaan dalam mengistinbathkan hukum Islam. Namun kedua kaedah tersebut merupakan kaedah dalam mengistimbathkan suatu hukum, satu dengan yang lainnya tidak dapat dipisahkan, sebab keduanya saling memerlukan, dalam sasarannya menetapkan hukum Islam terhadap mukallaf.
Sebagai contoh Surah Al-maidah ayat 3:
Ertinya:  diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi…. (Al-maidah :3)
Pada ayat diatas menunjukkan tentang keharaman memakan bangkai, darah, daging babi. dalam kaedah usul fiqh disebutkan bahawa:
الاصل فى النهي للتحر يم
Ertinya: “Asal pada larangan adalah haram.” 
Mengenai ini kaedah fiqh menjelaskan:
الحر يم له حكم ما هو حر يم له
Ertinya: “yang mengelilingi larangan hukumnya sama dengan yang dikelilinginya”.
Kaitan kaedah fiqh dengan kaedah usul diatas adalah sebagaimana diharamkan memakan bangkai, darah, daging babi, maka diharamkan pula untuk memperjualbelikannya atau memanfaatkannya. Apabila bangkai, darah, daging babi itu diperjualbelikan. maka, harga dari jual beli tersebut adalah haram hukumnya.
Begitu juga apabila lemak bangkai dijadikan minyak lalu minyak itu dijual kepada orang lain, maka jual beli tersebut menjadi haram hukumnya. Hal ini didasarkan kepada kaedah fiqh diatas bahawa pada hakikatnya yang dikelilingi adalah keharaman memakan bangkai, darah, daging babi. sedangkan yang mengelilinginya adalah menjual dan memanfaatkannya, hal ini diharamkan kerana hukum asalnya adalah haram.
Ilmu fiqh mempunyai hubungan erat dengan qawa’id al- fiqh kerana kaedah ilmu fiqh merupakan kunci berfikir dalam pengembangan dan pemilihan hukum fiqh. Dengan bantuan qawa’id fiqh semakin jelas semua permasalahan hukum baru yang tumbuh ditengah-tengah masyarakat. Secar tidak langsung dapat ditampung oleh syari’at Islam dan dengan mudah serta cepat dapat dipecahkan permasalahannya.
Menurut al-Baidhawy (w.685) dari kalangan ulama syafiiyyah, usul fiqh adalah:
معرفة دلا ئل الفقه اجمالا وكيفية الستفادة منها وحال المستفيد
“pengetahuan secara meluas tentang dalil-dalil fiqh, kaedah penggunaannya, dan keadaan(syarat-syarat) orang yang menggunakannya.”
Definisi ini menekankan tiga objek kajian usul fiqh, iaitu:
Dalil (sumber hukum)
kaedah penggunaan dalil, sumber hukum, atau kaedah penggalian hukum dari sumbernya. Juga, Syarat-syarat orang yang berkebolehan dalam menggali (mengistimbath) hukum dan sumbernya.
Dengan demikian, usul fiqh adalah sebuah ilmu yang mengkaji dalil atau sumber hukum dan kaedah istimbath hukum dari dalil atau sumbernya. kaedah penggalian hukum dari sumbernya tersebut harus ditempuh oleh orang yang berkebolehan seperti ulama yang muktabar.
Kemudian tujuan dari pada usul fiqh itu sendiri adalah untuk mengetahui jalan dalam mendapatkan hukum syara’ dan cara-cara untuk menginstimbatkan suatu hukum dari dalil-dalinya. Dengan menggunakan usul fiqh itu, seseorang dapat terhindar dari jurang taqlid.
Usul fiqh itu juga sebagai pemberi pegangan pokok atau sebagai pengantar dan sebagai cabang ilmu fiqh itu, berisikan antara lain teori-teori hukum baik berupa asas-asas hukum, dalil-dalil atau kaedah-kaedah usul fiqh yang harus digunakan untuk dapat memahami syari’at itu dengan baik.
Dapat dikatakan bahawa usul fiqh sebagai pengantar dari fiqah, memberikan alat atau sarana kepada fiqh dalam merumuskan, menemukan penilaian-penilaian syari’at dan peraturan-peraturannya dengan tepat.
Hukum yang digali dari dalil atau sumber hukum itulah yang kemudian dikenal dengan nama fiqh. Jadi fiqh adalah hasil dari usul fiqh. Sebuah hukum fiqh tidak dapat dikeluarkan dari dalil atau sumbernya (nas al-Qur’an dan sunah) tanpa melalui usul fiqh. Ini sejalan dengan pengertian harfiah usul fiqh, iaitu dasar-dasar (landasan) fiqh.
Misalnya hukum wajib solat dan zakat yang diistimbath dari ayat Al-Qur’an surat al-Baqarah (2) ayat 43 yang berbunyi:
واقيموا الصلاة وءاتواالزكوة  .......
“dan dirikanlah sholat dan tunaikanlah zakat ...”

Firman Allah diatas berbentuk arahan yang menurut ilmu usul fiqh, arahan pada asalnya menunjukan wajib selama tidak ada dalil yang merubah ketentuan tersebut ( الاصل فى الامر للوجوب).
Menurut at-Thahanawi, qawa’id menunjukkan pengertian yang lebih kurang sama dengan pengertian dasar, qanun (undang-undang), dha’bit (catatan penting) dan maqasid (tujuan), yang secara umum menurut at-Taftazani kata kaidah menunjuk pada:
امر كلى منتبق على جميع جزئياته عند تعرف احكامها منه
“Ketentuan yang bersifat umum yang sesuai terhadap semua bahagian-bahagiannya yang bersifat terpisah, ketika hendak mengetahui ketentuan hukum yang bersifat terpisah tersebut daripadanya.”
menurut Abu al-Baqa’ al-Kafawi al-Hanafi:
قضية كلية من حيث استمالها بالقوة على احكام جزئيات موضوعها
“Qadhiyyah kulliyah (kedudukan yang bersifat umum) yang secara asalnya mencakupi semua ketentuan hukum yang bersifat juz’I yang berada dalam ruang lingkupnya”
Sementara al-jurjani mendefinisikan:
قضية كلية منتبقة على جميع  جزئياتها
Qadhiyyah kulliyah (kedudukan yang bersifat umum) yang dapat diterapkan kepada semua juz’iyyah nya”
Sedang menurut at-Taftazani:
حكم كلي ينتبق على جزئياته ليتعرف ااحكامها منهه
“Hukum yang bersifat kulli (umum) yang dapat diterapkan kepada semua juz’iyyahnya yang dari kaedah tersebut dapat diketahui hukum-hukumnya”
Ilmu fiqh mempunyai pengertiannya, bila kedua kata ini digabungkan menjadi qawa’id fiqh, maka ia menunjuk pengertian suatu cabang ilmu keislaman dengan definisi sebagai berikut:
Menurut Tajudin As-Subki:
الامر كلي الذى ينتبق على جزئياته كثيرة نفهم احكامها منها
“ketentuan yang bersifat umum yang dapat diterapkan kepada juz’iyyah yang banyak yang dengan ketentuan tersebut diketahui hukumnya”
Menurut Musthafa az-Zarqa:
اصول فقهية كلية فى نصوص موجزة دسستورية تتضمن احكاما تشريعية عامة فى الحوادث التي تدخل تحت موضوعها
Qawa’id fiqh adalah dasar-dasar fiqh yang bersifat umum dan bersifat ringkas berbentuk undang-undang yang berisi hukum-hukum syara’ yang umum terhadap berbagai peristiwa hukum yang termasuk dalam ruang lingkup kaedah tersebut”
Selanjutnya dua definisi menurut Ali Ahmad an-Nadawi:
حكم شرعي فى قضية اغلبية يتعرف منها احكام ما دخل تحتها
“Hukum syara’ dalam bentuk Qadhiyyah yang bersifat dominan yang dengan qadhiyyah tersebut dapat diketahui ketentuan hukum mengenai peristiwa-peristiwa hukum yang berada di dalam ruang lingkupnya”
Definisi yang kedua iaitu:
اصول فقهية كلي يتضمن احكاما تشرعية عامة من ابواب متعددة  فى القضايا التي تدخل تحت موضوعه
“Dasar-dasar fiqh yang bersifat umum yang mengandungi hukum-hukum syara’ yang umum dalam berbagai bidang dalam bentuk qadhiyyah-qadhiyyah yang termasuk dalam ruang lingkupnya”
Dapat ditegaskan bahawa kenyataanya memang tidak ada satupun kaedah keilmuan islam yang tidak mengandungi pengecualian. Perbezaannya hanya terletak pada sedikit atau banyaknya pengecualian suatu kaedah disiplin ilmu dibanding dengan kaedah yang berlaku pada disiplin ilmu lain. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa imu qawa’id fiqh pada hakikatnya adalah sekumpulan kaedah-kaedah fiqh yang berbentuk rumusan-rumusan yang bersifat umum yang didalamnya terkandung ketentuan-ketentuan hukum fiqh dalam berbagai bidang yang temasuk dalam ruang lingkupnya.
Fiqh membahas tentang bagaimana cara tentang beribadah, tentang prinsip Rukun Islam dan hubungan antara manusia sesuai dengan dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Oleh karena itu hubungan diantara Qawa’id al- fiqh dengan fiqh sangat erat sekali karena qawaid fiqh dapat dijadikan sebagai kerangka acuan dalam mengetahui hukum perbuatan seorang mukallaf. Ini karena dalam menjalanklan hukum fiqh kadang-kadang mengalami halangannya. Misalnya kewajiban solat lima waktu yang harus dikerjakan tepat pada waktunya. Kemudian seorang mukallaf dalam menjalankan kewajibannya mendapat halangan, contohnya beliau diancam bunuh, jika mengerjakan solat tepat pada waktunya. Dalam keadaan seperti ini, mukallaf tersebut boleh menunda solat dari waktunya kerana nyawanya terancam. Hukum boleh ini dapat ditetapkan lewat pendekatan qawa’id fiqh, iaitu dengan menggunakan kaedah: ”الضرار يزال” bahaya wajib dihilangkan. Ini adalah salah satu perbezaan antara qawa’id usul dengan qawaid fiqh. Qawaid usuliyyah menkaji dalil hukum (nas al-Qur’an dan sunnah) dan hukum syarak, sedangkan qawa’id fiqh mengkaji perbuatan mukallaf dan hukum syarak.
Demikianlah hubungan antara fiqh, qawa’id fiqh, usul fiqh. Hukum syarak (fiqh) adalah hukum yang diistimbath dari nas al-Qur’an dan sunnah melalui pendekatan usul fiqh yang diantaranya menggunakan qawa’id usuliyyah. Hukum syarak (fiqh) yang telah diistimbath tersebut diikat oleh qawa’id fiqh, dengan maksud supaya lebih mudah difahami dan dikenal pasti.

4.0       KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH HARI INI
Keadaan semasa yang kita alami menyaksikan ummat islam semakin mensia-siakan nusus syara’, dengan beralasankan ketidaksesuaiannya pada masa sekarang mereka membelakangkan al-quran dan al-sunnah dan menggantikannya dengan akal dan hawa nafsu ataupun kepentingan peribadi sebab paling kuat menyokong pendapat ini ialah dakwaan mereka bahawa nusus syara’ bercanggah dangan maslahah (al-raysuni, ahmad dan Muhammad jamal barut,2000). Oleh itu maslahah mesti diutamakan. Bagaimana kita hendak meyakinkan golongan ini bahawa satu-satunya rujukan dalam bagi segala perkara ialah nusus syara’. Bermula dari kaedah-kaedah istimbaht yang begitu berbagai dan terperinci sehinggalah kepada dalil-dalil hukum yang disepakati dan tidak disepakati. Semuanya cuba membuktikan bahawa hanya nusus syara’ yang boleh memberi bagi sebarang perkara lama atau baru. Istihsan contohnya adalah salah satu dalil hukum yang tidak disepakati, sekalipun ia secara zahirnya tidak bersandar kepada nas tetapi sebenarnya ia berdiri di atas tuntutan nas khas untuk berkecuali dari hukum syara’.
Pada zaman yang serba canggih ini manusia telah menobatkan akalnya sebagai raja yang berkuasa melakukan segala-galanya. Kepelbagaian hasil pemikiran akal yang kita Nampak hari ini menguatkan lagi dakwaan ini. Kita merasakan seolah-olah akal kita bebas melakukan apa sahaja terhadap dunia ini termasuklah agama. Fahaman ini jika diterima amat berbahaya terhadap kesucian agama kita. Ini tidaklah bermaksud menafikan serratus peratus peranan akal dalam memahami syara’ tetapi kita sewajarnya mengerti akal kita amat terbatas. Oleh itu kita berhajatkan satu garis sempadan yang jelas dalam membatasi ruang lingkup pemikiran akal manusia khasnya. Dalam perkara agama ada tiga pasang teori yang dibincangkan oleh ilmu usul fiqh berkemampuan menjadi garis sempadan ini. Iaitu: teori al-thubut dan al-taghayyur, teori al-ta’abbud dan al-ta’lil, dan teori al-qat’ dan al-zann. Bahagian pertama dari setiap pasangan teori ini mewakili kawasan yang dilarang akal dari memasukinya, manakala bahagian kedua adalah kawasan yang dibenarkan akal memasukinya dengan bersyarat. Apa yang kita sekarang akal manusia telah mula memasuki kawasan larangan ini, dan mengakibatkan ketidakharmonian system hukum islam. Contohnya, pada tahun 1961 presiden Tunisia, Al-habib Borqibah telah melarang penduduk islam negaranya daripada berpuasa Ramadhan demi menjaga ekonomi negara yang dikatakan termasuk di dalam jihad yang besar. (Al-raysuni, Al-ijtihad, 2000)
Di antara perkara yang ditangisi kehilangannya oleh ummat islam hari ini ialah pengamalan ijtihad. Sejak beberapa dekad lamanya ummat islam terhimpit di dalam cengkaman taqlid dan kesempitan berfikir. Kepesatan pembangunan ilmu yang pernah dimiliki dahulu telah terkubur. Suara-suara yang mengajak kearah menggilapkan kembali sinar ijtihad di akhir-akhir ini menunjukkan keinginan ummat islam untuk bangun semula seperti waktu silam. Untuk menyambut seruan ini dan alat untuk meneruskannya. Perbahasan yang penuh terperinci mengenai ijtihad telah terbentang luas di helaian-helaian buku usu fiqh, bahkan ia tela di sentuh oleh imam al-syafie di dalam kitabnya al-risalah. Beliau menyebut “dan daripadanya (Al-bayan) apa yang telah difardukan allah keatas makhluknya berijtihad di dalam menuntutnya”. Persediaan yang dimaksudkan di sini meliputi konsep sebenar ijtihad, prasyarat-prasyarat untuk memikul tanggung jawab ijtihad dan perkara-perkara yang diijtihadkan. Ini bermakna kita sewajarnya menjadikan penguasaan ilmu usul fiqh sebagai langkah pertama dalam usaha menghidupkan semula ijtihad pada masa kini.
Saban hari kita menggunakan hasil kecanggihan teknologi untuk menyokong kehidupan semasa kita. Kita merasakan kejanggalan untuk bersikap menerima terhadap kemampuan teknologi dalam membantu amalan ijtihad mendapatkan hukum. Rentetan daripada itu kita berasa aneh mendengar kenyataan bahawa perlunya pengamal ijtihad itu mengetahui dan mengikuti arus sains dan teknologi, dan menguasainya jikalau mampu mampu demi memastikan hukum yang terhasil berpijak di alam yang nyata. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menyuarakan perkara ini, kata beliau: “dan bagaimana seorang al-faqih muslim itu mampu untuk memberikan fatwa dalam permasalahan penguguran atau pemindahan janin atau penentuan jantina janin, dan selainnya daripada isu-isu baru sekiranya dia tidak memiliki pengetahuan yang ditemui oleh ilmu sains tentang sperma dan ovum, cara pencantuman sperma dan ovum, pembentukan sel-sel daripadanya, isu genetic dan factor-faktor warisan dan sebagainya…”(Al-Qaradhawi, 1985) ilmu usul iqh mendidik pengkajinya untuk bersikap terbuka dalam perkara ini, dan memberikannya ruang yang cukup luas dalam melakukan pengadaptasian ini. Beberapa orang ahli usul dengan terangnya memasukkan syarat memiliki ilmu pengetahuan semasa di dalam senarai syarat-syarat kelayakan ijtihad. Contohnya, fatwa pengharaman bahan makanan dan minuman yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi yang diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 12 Julai 1999 tidak mungkin berlaku tanpa mengendahkan pandangan ilmu sains.

5.0       KESIMPULAN
Kesimpulannya, ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan tentang kaedah yang dipakai oleh para imam mujtahid dan muktabar dalam menetapkan hukum syara dari nas yang bersumberkan al-quran dan al-sunnah. Berdasarkan nas pula, mereka mengambil illah yang menjadi landasan hukum serta mencari kemaslahatan yang menjadi tujuan hukum syara’ yang dijelaskan dan diisyaratkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ilmu usul Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah metodologi yang menjelaskan bagi seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari dalil-dalil syarak. Kaedah itu, boleh bersifat lafziyyah seperti dilalah suatu lafaz terhadap erti tertentu dan boleh bersifat maknawiyah seperti mengambil dan suatu illah dari nas serta cara yang paling tepat untuk penetapannya. Maka jelaslah bahawa ilmu usul fiqh merupakan pedoman yang tepat untuk memahami teks-teks perundangan di mana ilmu itu sendiri sangat mendalam dan boleh menjadi kaedah bagi seorang ahli hukum di samping dapat melatih dan mengembangkan kemampuannya dalam pengistimbahtan hukum-hukum.
(3045 patah perkataan)



RUJUKAN
Al-Raysuni, Ahmad dan Muhammad Jamal Barut (2000). al-ijtihad: al-nass, al-Waqi’, al-Maslahah. Beirut: Dar al-Fikr
Auda, J. (2008). Maqasid Al-Shariah A Beginner's Guide (Vol. 14). IIIT.
Ali, M. D. (1990). Asas-asas hukum Islam, hukum Islam I: pengantar ilmu hukum dan tata hukum Islam di Indonesia. Rajawali Pers.
An-Nadwi, A. A. (2004). Al-Qawa’id Al-Fiqhiyah. Damascus: Dar Al-Qalam, 6.
Jun, D. (2006). On Al-ijtihad and Cultural Innovation. Arab World Studies, 5, 008.
Masail al-fiqhiyah. Kencana, 2003.
Syafe’i, R. (1999). Ilmu Ushul Fiqih.
Shiddieqy, M. H. A. (1968). Pengantar Hukum Islam. Bulan Bintang.
Tripp, C. (2006). Islam and the moral economy: The challenge of capitalism. Cambridge University Press.
Al-Qaradhawi, Yusuf. (1985). Al-‘Ibadah fÊ al-IslÉm (15th edn.). Al-QÉhirah: Maktabah Wahbah.
Zahrah, M. A. (1999). Ushul fiqh. Pustaka Firdaus kerjasama dengan Perhimpunan Pengembangan Pesantren dan Masyarakat (P3M).
Zeidan, A. K. (1974). Al-Wajeez fi Sharh Al-Qawa’id Al-Fiqhiyah fi Ash-Shari’ah Al-Islamiyah. Beirut: Muasasat Al-Risalah. distintions among related terms, namely jurisprudential maxims, fundamentalistic maxims and jurisprudential canons. Professor Abdul Baki As-Safi is a translation theorist and practitioner. He has written two books on translation such as ‘Translation: Theory and Practice.






Kami menyediakan perkhidmatan penulisan esei, artikel, terjemahan dan juga kertas penyelidikan pada harga yang sangat kompetitif. Setiap kerja yang dihasilkan akan melalui semakan Turnitin secara percuma! Ini untuk memastikan setiap hasil kerja kami bebas plagiarisme

Biar Kami Bantu Anda

Hubungi Kami
MS SARAH
+60182765083
KUALA LUMPUR