PERBEZAAN ANTARA SAINS SOSIAL DENGAN SAINS TULEN
PERBEZAAN ANTARA SAINS SOSIAL
DENGAN SAINS TULEN
Oleh:
(Nama)
(Universiti)
PENDAHULUAN
Penyelidikan dapat
membantu manusia mencari fakta dan kebenaran mengenai fenomena dunia. Terdapat
dua aliran pemikiran dalam menentukan fakta. Pertama ianya telah sedia wujud
dalam dunia semasa seseorang dilahirkan. Ia telah ditetapkan oleh individu,
masyarakat, adat atau sistem. Tugas manusia hanya berusaha mencari dan menemui
fakta-fakta tersebut. Kedua ialah fakta itu subjektif dan bergantung kepada
bagaimana kita melihat atau mendekati sesuatu objek atau peristiwa. Manusia
juga mencari fakta tetapi faktanya mungkin berlainan dari yang telah ditetapkan
oleh manusia lain sebelurn ini atau manusia sediada.
Penekanan manusia
kepada usaha pencarian dan penambahan ilmu pengetahuan di zaman moden ini telah
menyebabkan pengetahuan manusia dibahagikan kepada dua bidang yang utama, iaitu
bidang ilmu Sains Sosial dan ilmu Sains Tulen. Secara mudahnya, bidang Sains
Sosial adalah bidang pengetahuan kajian manusia yang melibatkan setiap factor
dan aspek kehidupan kumpulan-kumpulan manusia di atas muka bumi ini. Berbeza
pula dengan ilmu Sains Tulen yang mana mengkaji bidang pengetahuan yang
menyentuh persekitaran semulajadi di mana manusia itu tinggal (Hunt &
Colander, 2002).
Rohana (2003),
menegaskan yang bidang Sains Sosial adalah suatu disiplin akademik yang
mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau mempelajari
kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkahlaku yang lazim ada
pada kelompok-kelompok manusia. Bidang Sains Sosial adalah bidang pengkajian
ilmu yang sangat luas dan kompleks. Oleh kerana itu, ia telah dikhususkan
kepada disiplin-disiplin atau bidang-bidang yang lebih kecil dan lebih khusus.
Menurut Hunt dan Colander (2002), bidang Sains Sosial telah dipecahkan kepada
bidang-bidang seperti Antropologi, Sosiologi, Sejarah, Geografi, Ekonomi, Sains
Politik dan Psikologi.
DEFINISI
ILMU SAINS
Frasa kata ‘sains’ boleh
dilihat sudut pengertiannya dalam dua bentuk iaitu melalui sudut bahasa dan
istilah. Ilmu sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan
penyusunannya. Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘scientia’
yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dalam bahasa Melayu dan Indonesia,
pada mulanya perkataan sains tidak begitu digunakan dan sebagai gantinya mereka
memakai perkataan ‘ilmu’ sahaja. Sehingga kini dalam bahasa Arab dan Indonesia
menggunakan perkataan ilmu dengan makna sains.
Pengelasan ilmu mengikut
tradisi Islam amatlah berbeza daripada tradisi lain. Tidak hairanlah Rosenthal,
mendapati ratusan takrif ilmu mengikut pelbagai mazhab dalam tradisi Islam.
Takrif ilmu mengikut perspektif Islam masih mampu menarik perhatian sarjana
Islam kontemporari seperti Syed Muhammmad Naquib Al-Attas yang telah memberi
takrifan ilmu yang cukup tajalli (profound) apabila beliau menyatakan ‘ilmu’
secara espistemologi, dengan bersumberkan kepada tuhan sebagai sumber asalnya
sehingga sampai makna ke dalam diri sendiri. Dengan acuan kepada diri sendiri
sebagai pentafsir dan penerima.
Takrif sains yang
popular, pertamanya sains adalah merupakan ilmu pengetahuan yang bersistem yang
berdasarkan kepada cerapan, kajian, pengeksperimenan atau uji kaji dan
sebagainya. Keduanya, sains juga berupa pengetahuan daripada nalaran atau
taakulan, naakulan dan mantik gunaan. Selain itu, juga sains merupakan
longgokan teknik, kemahiran, kebolehan berasas kepada latihan, disiplin dan
pengalaman malahan sains juga berupa analisis fenomena secara bersistem, mantik
dan objektif dengan kaedah yang khusus yang dipraktikkan untuk mewujudkan
tumpuan pengetahuan yang boleh dipercayai.
Bidang-Bidang
Ilmu Sains
Ilmu Sains terbahagi
kepada dua bidang ilmu iaitu ilmu sains sosial dan tulen. Sains Tulen (Natural
Science) adalah merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji
benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi bidang ilmu astronomi,
biologi dan perubatan, fizik, kimia, sains bumi dan juga sains komputer.
Sains Sosial pula adalah
merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di
dunia ini. Ia juga dikenali sebagai kajian sosial. Bidang ini merangkumi bidang
ilmu antropologi, ekonomi, ekologi, etimologi, komunikasi, linguistik,
psikologi, sosiologi dan pendidikan.
BAGAIMANA BIDANG SAINS SOSIAL BERMULA
Bidang Sains
Sosial telah melalui tahap evolusi yang panjang sejak sekian lama dan telah
melalui jalan-jalan yang penuh berliku sehinggalah ianya berada pada tahap yang
sempurna. Seperti juga bidang-bidang ilmu moden yang lain, Sains Sosial juga
sebenarnya berakar umbi daripada falsafah rasional (rasionalisme) oleh
tokoh-tokoh Yunani seperti Aristotal, Plato, Socrates dan Archemedes. Jika
dikaji semula sejarah dan fakta tentang bidang Sains Sosial, kita akan sampai
di Zaman Pencerahan (1650 M – 1800 M) di mana ramai ahli fikir di bidang ini
bersetuju yang di zaman inilah dimana bidang Sains Sosial bermula dan telah
melalui berbagai-bagai tahap sehinggalah ianya dikenali sebagai salah satu
cabang kajian Sains manusia. Oleh itu perbezaan dan sejarah tentang Sains
Sosial dan Sains Tulen akan dibincangkan dengan meliputi lakaran sejarah yang
bermula pada Zaman Pencerahan tersebut.
Apa yang berlaku di Zaman Pencerahan
adalah kesinambungan daripada zaman sebelumnya, iaitu Zaman Renaissance
(Kebangkitan Semula) (1450 M – 1650 M). Pada Zaman Renaisance, ahli-ahli
falsafah dan cerdik pandai di Barat mula mempersoalkan kewajaran hanya
berpegang kepada kepercayaan dan keagamaan untuk memperoleh pengetahuan. Ia
berlaku setelah ramai orang Barat menjelajah ke negara-negara Islam yang
berkembang maju pada masa itu dan mempelajari falsafah rasional (rasionalisme)
yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah Yunani daripada ahli-ahli falsafah dan
cendikiawan Islam semasa seperti, Ibnu Khaldun, Ibnu Sina dan sebagainya.
Setelah itu, berlakunya penghijrahan
semula para serdik pandai Barat ini semula ke negara mereka dan berusaha
menyedarkan komuniti masyarakat meraka pada ketika itu tentang pentingnya
menggunakan pemkiran yang kritikal untuk memahami dan memperbaiki keadaan masyarakat
dan kehidupan. Rentetan penghijrahan ini semula menyaksikan Falsafah rasional
terus berkembang di Barat pada Zaman Pencerahan dengan munculnya dua orang
tokoh pemikir Peranchis yang terkenal iaitu Charles Montesquieu (1689 M – 1755
M) dan Jean Jacques Rousseau (1712 M – 1778 M). Kelahiran tokoh-tokoh pemikir
ini disertai pula dengan tokoh-tokoh pemikir lain yang lebih berpengaruh di
Zaman Pencerahan seperti Rene Descartes, Thomas Hobbes dan John Locke (Ritzer,
1996).
Zaman Pencerahan dikatakan bermula di
antara tahun 1650 dan 1700 M dan berterusan sehingga kira-kira seratus tahun
selepas itu (1800 M). Ia adalah tempoh masa di mana bidang Sains Sosial mula
berkembang dan mengambil tempatnya dalam masyarakat. Zaman Pencerahan adalah
suatu tempoh zaman yang menyaksikan rasionalisma (rationalism) muncul semula
dan menggantikan agama (religion) dan menjadi perkara yang asas bagi memperoleh
ilmu pengetahuan. Pada zaman ini, manusia semakin digalakkan berfikir dan
membuat penaakulan secara empirikal dan sistematik. Aspek-apek dalam kehidupan
manusia, seperti kepercayaan agama, estetika, pendidikan dan sebagainya boleh
dikaji secara sistematik, empirik dan kritikal oleh sesiapa yang berminat.
(Hunt & Colander, 2002).
Saintis dan ahli pemikir di Zaman
Pencerahan memutuskan yang adalah mustahil untuk mereka mengetahui dengan
sejelas dan tepat mengenai sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang wujud pada
ketika itu. Mereka memutuskan sedemikian selepas menyedari tentang tentang
perbezaan ketara antara ilmu Falsafah dan ilmu Fizik dan untuk mencari
perkaitan antara bidang-bidang ilmu adalah sangat mustahil yang disebabkan
keterbatasan kemampuan manusia. Dan disebabkan oleh itu mereka memutuskan yang
ilmu pengetahuan yang sedia ada perlu dipecahkan kepada skop yang lebih spesifik
dan berbeza-beza. Sebagai contoh, ilmu Kimia dan Astronomi telah dikeluarkan
daripada bidang Fizik (Hunt & Colander, 2002).
Asal usul Sains Sosial sebenarnya
bermula daripada pecahan bidan Falsafah. Pada ketika Zaman Pencerahan,
pemikir-pemikir Falsafah pada zaman itu membahagikan bidang Falsafah kepada
beberapa bahagian. Antara salah satu pecahan bidang Falsafah pada ketika itu
ialah bidang Metafalsafah; iaitu sebuah bidang kajian yang mana kebanyakkan
ahli pemikir bidang tersebut sebulat suara bersetuju yang bidang tersebut tidak
boleh diuji secara empirikal. Metafalsafah adalah sebuang bidang Falsafah yang
sangat mengujakan untuk dikaji, antara contoh isu dalam bidang Metafalsafah
adalah seperti isu kontorversi seperti; jika Tuhan Maha Berkuasa, bolehkah Dia
mencipta batu yang sangat berat hingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?
(Hunt & Colander, 2002).
Antara lain pecahan yang wujud dari
bidang Falsafah adalah bidang kajian yang berkaitan dengan isu-isu yang tidak
mustahil secara teorinya untuk diuji secara empirikal. Sebagai contoh, kajian
yang berkaitan dengan pecahan kedua ini adalah seperti; apakah jenis organisasi
politik dalam masyarakat yang lebih disukai orang? Isu ini boleh untuk dicari
jawapannya secara teori, walaupun mungkin jawapannya nanti tidaklah seratus
peratus tepat dengan yang sebenar-benarnya diharapkan. Daripada pecahan kedua
bidang ilmu Falsafah inilah, bidang Sains Sosial mula muncul dan berkembang (Hunt
& Colander, 2002).
Perkembangan dan evolusi bidang
Sains Sosial daripada bidang Falsafah dapat disaksikan bermula di Perancis. Ini
dapat dilihat dengan wujudnya sebuah Ensiklopedia yang diedit oleh Denis
Di-derot dan Jean d’Alembert yang mendapat kerjasama meluas dari ahli-ahli
falsafah dan cerdik pandai di negara tersebut. Ensiklopedia tersebut berada di
dalam masyarakat selama beberapa tahun sejak dari tahun 1751 M sehingga 1780 M.
memandangkan kandungan Ensiklopedia tersebut mengandungi kaedah dan definisi
asas berkenaan bidang dinamakan Sains Sosial (Hunt & Colander, 2002), Ensiklopedia
tersebut telah diangkat menjadi satu kamus rasional dalam bidang sains, seni
dan Industri. Ianya juga mengandungi artikel yang sistematik tentang manusia
dan masyarakat.
ASAS
SAINS SOSIAL
Objektif
ahli-ahli sains sosial ialah mengkaji dan memahami manusia, masyarakat dan
budaya, khususnya corak kehidupan manusia dan berbagai fenomena sosial yang
berkaitan dengan kehidupan manusia. Satu ciri utama fenomena sosial ialah sifat
kolektifnya (the collective character of social phenomena).
Fenomena
sosial dikatakan bersifat kolektif kerana fenomena sosial adalah berkenaan
dengan kehidupan kelompok-kelompok manusia (human groups and collectivities),
khususnya, segala aspek yang berkenaan dengannya (Duverger, 1961). Terdapat
beberapa konsep yang berkait rapat dengan fenomena sains sosial yang mana boleh
dibagikan kepada beberapa bahagian.
Konsep-konsep
tersebut ialah masyarakat, komuniti, budaya dan kebudayaan, sistem sosial,
struktur sosial, peranan sosial, institusi sosial, dan organisasi sosial. Di
samping itu, ada konsep-konsep lain yang menerangkan proses-proses yang dialami
oleh kelompok manusia semasa perkembangan kehidupan mereka – di antara
proses-proses itu ialah sosialisasi, mobiliti sosial, konflik sosial,
stratifikasi sosial, perubahan sosial, perubahan budaya dan interaksi sosial.
Sifat kolektif kehidupan manusia
Masyarakat
- Menurut Giddens (1989), masyarakat ialah sekelompok besar manusia yang hidup
saling berhubungan dan saling bergantungan berasaskan kepada satu budaya
tertentu, semua ahli dalam kelompok manusia itu dikatakan mempunyai dan
mengamalkan satu budaya yang sama, atau dalam kata lain, ia adalah satu “system
of interrelationships which connects together the individuals who share a
common culture”. Masyarakat dibezakan dari komuniti dari segi jenis hubungan
sosial yang diamalkan oleh Ferdinand Tonnies -
kemuka dua konsep untuk membezakan konsep masyarakat dari konsep
komuniti, iaitu “gemeinschaft” and “gesellschaft” – namun, kedua bentuk ini
hanyalah ideal-type constructs – namun, kedua bentuk ini merujuk kepada dua
jenis utama masyarakat dan susunan sosial, dan juga merujuk kepada
hubungan-hubungan sosial yang berkaitan dengan jenis-jenis masyarakat tersebut
(Ting, 1979). Kelompok manusia yang mempunyai hubungan sosial yang lebih
specific, impersonal dan instrumental; hubungan yang lebih bersifat secondary
dan hanya melibatkan sebahagian dari individu dalam kelompok manusia berkenan,
ada ikatan sosial yang lebih bercorak sukarela, contractual dan berdasarkan
kepada kepentingan diri sendiri – kelompok itu digelar “gesellschaft” atau
masyarakat.
Komuniti
- Ialah sekelompok manusia yang umumnya lebih kecil yang mana kebanyakannya
ahli-ahlinya berinteraksi secara langsung. Kelompok manusia yang mempunyai
hubungan sosial yang bersifat primary yang rapat dan bersemuka; hubungan yang
berasaskan kepada ikatan kekeluargaan dan ikatan persahabatan yang rapat –
kelompok itu digelar “gemeinschaft” atau komuniti (Ting, 1979). Pada umumnya,
gemeinschaft merujuk kepada masyarakat pra-industri, dan gesellschaft merujuk
kepada masyarakat yang telah mengalami proses perindustrian, oleh itu,
peralihan daripada gemeinschaft ke gesellschaft selalunya dikaitkan dengan
proses perindustrian.
Budaya dan kebudayaan
- Ahli-ahli dalam kelompok manusia itu mempunyai dan mengamalkan budaya yang
tertentu dan khusus kepada kelompok itu. Ringkasnya, budaya bermaksud segala
aspek cara hidup sesuatu kelompok manusia. Mengikut Hunt dan Colander (1993),
budaya ialah “the total pattern of human behaviour and its products embodied in
thought, speech, action, and artefacts and dependent on the capacity for
learning through the use of tools, language, and systems of abstract thought”.
Budaya juga bererti semua nilai, norma dan kebendaan yang mencirikan sesuatu
kelompok atau masyarakat, atau mengikut Giddens (1989), ia adalah “the values, norms, and material goods
characteristic of a given group”. Bagi beliau, “no culture could exist without a society. But equally, no society could
exist without a culture” (Giddens, 1989). Budaya ialah satu konsep yang
sering digunakan dalam sains sosial, terutamanya dalam sosiologi dan
antropologi.
Sistem sosial
- Sesuatu kelompok manusia, samada masyarakat atau komuniti, juga boleh
dianggap satu sistem sosial apabila kelompok manusia atau masyarakat itu
mempunyai pelbagai rol sosial yang dimainkan oleh ahli-ahli masyarakat dan yang
membenarkan mereka berinteraksi atas dasar nilai, norma dan matlamat yang sama
(Ting, 1979). Satu sistem sosial boleh mengandungi sekurang-kurangnya dua rol
sosial yang berinteraksi (e.g. suami dan isteri), atau banyak rol sosial.
Umumnya, ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat atau komuniti boleh memainkan
beberapa rol sosial pada masa yang sama.
Peranan sosial (rol sosial/social
role) - Khususnya, peranan atau rol (role) sosial bermaksud
satu pola kelakuan jangkaan (expected behaviour) yang berkaitan dengan status
atau kedudukan sosial seseorang dalam sesuatu kelompok manusia, cthnya,
pelajar, pensyarah, ibu, bapa, anak, doktor, pembantu rumah, dan sebagainya. Semuanya
mempunyai rol-rol sosial yang tertentu dan dijangkakan (Ting, 1979). Pendeknya,
rol sosial ialah kelakuan yang dijangkakan. Oleh itu, rol sosial berkait dengan
status atau kedudukan dalam masyarakat atau kelompok manusia. Rol sosial hanya
kelakuan yang dijangkakan dan tidak semestinya diterima oleh semua anggota masyarakat.
Setiap individu dalam masyarakat mempunyai banyak status dan memainkan rol
sosial yang berlainan (multiple roles) pada masa yang sama dan Konflik rol
berlaku apabila wujud pertentangan di antara dua atau lebih rol yang dimainkan
oleh seseorang individu.
PERBEZAAN DI ANTARA SAINS SOSIAL DENGAN SAINS TULEN
Sukar sebenarnya
untuk memperolehi suatu penulisan yang lengkap dan terperinci mengenai
perbezaan di antara bidang Sains Sosial dengan bidang Sains Tulen. Kebanyakan
buku yang penulis rujuk hanya memberikan beberapa ayat sahaja mengulas tentang
perbezaan di antara kedua-duanya berbanding dengan isu-isu lain yang diulas
dengan panjang lebar. Oleh itu, fakta tentang perbezaan di antara bidang Sains
Sosial dengan bidang Sains Tulen yang penulis kemukakan di dalam kertas tugasan
ini ada di antaranya adalah kesimpulan yang penulis buat sendiri berdasarkan
kepada bahan rujukan yang dapat penulis capai.
Perbezaan-perbezaan
di antara bidang Sains Sosial dengan Sains Tulen yang dapat dikenalpasti adalah
dari aspek-aspek yang berikut:
·
Bahan Kajian yang
Khusus (Special Subject Matter)
Menurut
Rohana (2003) bahan kajian yang khusus (special subject matter) bagi bidang
Sains Sosial dan bidang Sains Tulen adalah berbeza. Bahan yang dikaji dalam
bidang Sains Tulen adalah berkisar tentang dunia material ataupun kebendaan,
struktur dan sifat sesuatu bahan yang wujud di dunia ini. Ianya dapat
dibahagikan pula kepada dua bahagian pula iaitu Sains yang berkaitan dengan
kebendaan iaitu seperti bidang Fizik, Kimia dan Biologi dan Sains yang khusus
berkaitan dengan manusia seperti bidang Sains Hayat, Fisiologi, Anatomi,
Neurologi.
Berbeza
pula dengan Sains Sosial yang merupakan bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji
struktur dan sifat-sifat kelompok manusia, bagaimana individu-individu atau
kelompok-kelompok manusia berinteraksi antara satu dengan lain dan juga dengan
atau sekeliling mereka. Atau dengan lebih tepat lagi, Sains Sosial merupakan antara
disiplin akademik yang mengkaji dan menghalusi persoalan tentang kemanusiaan
dalam konteks sosialnya atau mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat
mempelajari tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia.
·
Medan Pengujian
Hipotesis (Hipoteses Testing Field)
Bidang
Sains Sosial dan Sains Tulen juga mempunyai perbezaan dari aspek medan atau lokasi
untuk menjalankan kajian atau ujian terhadap pembolehubah yang dicerap. Dalam
bidang Sains Tulen, kebenaran dan kesalahan hipotesis boleh dibuktikan dengan
tepat melalui eksperimen yang dilakukan di dalam makmal. Ahli penyelidik Sains Tulen
boleh melakukan kawalan terhadap pembolehubah (variable) yang dikaji bagi
mendapatkan hasil yang tepat. Bahan / material yang dikaji dalam Sains Tulen
juga tidaklah begitu kompleks berbanding bahan yang dikaji dalam bidang Sains
Sosial iaitu tentang manusia dan kehidupannya di muka bumi ini. (Hunt &
Colander, 2002)
Dalam
proses dan isu penyelidikan Sains Sosial pula, medan pengujian hipotesisnya
adalah kehidupan sebenar manusia ataupun peistiwa-peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan manusia. Ianya adalah medan pengujian hipotesis yang sangat besar dan
tidak mungkin boleh dibawa masuk ke dalam makmal. Penyelidik Sains Sosial perlu
turun ke dalam masyarakat, duduk bersama mereka, membuat pemerhatian terhadap
aktiviti-aktivit dalam masyarakat, memahami perbezaaan dan persamaan dalam
budaya masyarakat, mengambil kira keunikan setiap masyarakat dalam usahanya
untuk menguji sama ada hipotesis kajiannya itu benar ataupun salah. Ia adalah
suatu usaha yang memakan masa, sangat memenatkan dan memerlukan penyelidik
mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikajinya.
·
Ketepatan Hasil
Kajian (Exactness of Findings)
Hunt
dan Colander (2002) menegaskan yang hasil kajian bidang Sains Sosial mempunyai
sedikit perbezaan dengan kajian bidang Sains Sosial. Kebiasaannya penyelidik
Sains Sosial mempunyai masalah yang lebih kompleks berbanding dengan penyelidik
Sains Tulen. Dalam penyelidikan Sains Tulen, hasil yang diperolehi biasanya
tepat dan boleh dikaitkan kepada fenomena yang lain (yang sama ataupun yang
hampir sama) yang mungkin berlaku di masa yang lain. Dalam penyelidikan Sains
Sosial pula, hasil kajian adakalanya kurang tepat dan meyakinkan (less define
and certain) untuk dikaitkan kepada fenomena yang lain (yang sama ataupun yang
hampir sama) yang berlaku di masa yang lain.
Dengan
kata lain, dalam penyelidikan Sains Sosial para penyelidik yang terlibat
mestilah membuat cerapan dengan berhati-hati, membuat klasifikasi dan
menganalisis data-data, membuat generalisasi dan berusaha untuk membina dan
menguji hipotesis-hipotesis kajian untuk menjelaskan keputusan yang
dikemukakan. Sebagai contoh, penyelidik Sains Sosial yang mengumpulkan
fakta-fakta berkenaan dengan budaya orang yang berbeza-beza pasti akan menemui
persamaan antara budaya-budaya tersebut.
Akan
tetapi, sebenarnya setiap dari perbezaan ataupun persamaan dalam budaya-budaya
yang dikaji itu mungkin mempunyai keunikannya yang tersendiri yang perlu
diberikan perhatian sewajarnya sewaktu membuat kesimpulan kajian. Fakta-fakta
yang berbentuk seperti ini adalah sukar untuk diklasifikasikan dan
diinterpretasikan. Dengan itu, hasil kajian yang boleh untuk digeneralisasikan
kepada persoalan yang sama ataupun yang hampir sama menjadi kurang tepat dan
meyakinkan (less define and certain).
·
Pencerapan dan
Penjelasan yang Objektif (Objectivity of Observations and Explanations)
Untuk
mencapai hasil kajian yang tepat dan boleh digunapakai, pencerapan yang dibuat
terhadap subjek atau bahan kajian dan penjelasan yang dikemukakan hasil
daripada pencerapan tersebut hendaklah bersifat objektif dan jauh dari
mempunyai unsur-unsur bias (berat sebelah). Hal ini adalah mudah bagi pengkaji-pengkaji
dalam bidang Sains Tulen. Akan tetapi, ianya sangat berbeza bagi para
penyelidik dalam bidang Sains Sosial. Ini adalah kerana penyelidikan Sains
Sosial turut mengambil kira aspek nilai (value) yang sifatnya sangat subjektif (Machlup,
1994).
Penyelidikan
Sains Sosial banyak berkait rapat dengan manusia dan perkara-perkara yang
bersangkutan dengannya. Dan disebabkan oleh faktor 'Manusia' juga (penyelidik
juga manusia), ianya kadangkala didapati amat sukar untuk mengenepikan perasaan
sendiri tenta apa yang digemari dan tidak digemari, perasaan simpati, sikap
prejudis dan rasa kecewa. Natijahnya, ada di kalangan penyelidikan Sains Sosial
yang terperangkap dalam hasrat untuk mencuba memperjelaskan harapannya sendiri,
kepercayaan-kepercayaan dan pandangan-pandangan yang berat sebelah. Di dalam
keadaan ini, penyelidik telah gagal untuk benar-benar mencari kebenaran yang
hakiki tentang apa yang diselidikinya (Hunt & Colander, 2002).
·
Jauh dari
Pengalaman Setiap Hari (Distance from Everyday Experience)
Menurut
Machlup (1994), bidang Sains Tulen adalah suatu bidang yang tidak dapat
difahami oleh orang kebanyakan atau orang biasa. Ia pada dasarnya adalah suatu
bidang pengetahuan yang hanya boleh dicapai oleh mereka yang mempunyai
pemikiran yang terbaik dan kritikal (superior minds) melalui usaha yang gigih.
Orang kebanyakan tidak boleh untuk sesuka hati mangambil salah satu artikel
profesional dalam bidang Fizik, Kimia ataupun Biofizik dan membacanya jika
tidak mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang tersebut. Lebih-lebih
lagi dalam bidang tersebut yang mana penggunaan terma saintifik dan kajian yang
kompleks lagi mengelirukan.
Jauh
bezanya jika dibandingkan dengan bidang Sains Sosial. Penyelidikan yang dibuat
melalui bidang Sains Sosial tidaklah sesuatu perkara yang begitu asing bagi
kebanyakan orang. Cuma mungkin apa yang dikaji adalah isu-isu yang penting
tetapi tidak begitu dipedulikan sebab tiada kepentingan untuk berbuat demikian.
Dalam hal ini, orang kebanyakan masih boleh untuk membaca artikel yang ditulis
dalam bidang Ekonomi, Sosiologi, Antropologi, Sosiologi mahupun bidang-bidang
lain dalam Sains Sosial dan memahami kandungannya. Meskipun mungkin ada
beberapa istilah-istilah teknikal yang digunakan di dalam artikel tersebut,
akan tetapi ia tidaklah sesukar memahami istilah-istilah yang digunakan di
dalam bidang Sains Tulen. Orang kebanyakan (layman) masih boleh memahami
artikel dalam bidang Sains Sosial yang dibacanya berbanding artikel dalam
bidang Sains Tulen.
PERBEZAAN RINGKAS ANTARA SAINS SOSIAL DAN SAINS TULEN
Untuk memudahkan
bacaan tentang perbezaan antara Sains Sosial dan Sains Tulen, jadual dibawah
diatur untuk memberi penjelasan mudah bagaimana dua bidang ini berbeza dari
segi amali dan praktikal.
|
|
Sains Sosial
|
Sains Tulen
|
|
||
Matlamat
|
|
Memahami interaksi
manusia
|
Memahami Fenomena
dalam
|
|||
|
dalam masyarakat.
|
dunia nyata.
|
||||
|
||||||
Ramalan
|
|
Keupayaan ramalan
rendah.
|
Ramalan sentiasa
wujud.
|
|||
|
||||||
|
||||||
Objek kajian
|
Interaksi Sosial
|
Dunia fizikal
|
||||
|
||||||
Metodologi
|
Kaedah Saintifik
|
Kaedah Saintifik
|
||||
|
Pengesahan empirikal
melalui
|
Pemalsuan empirikal
melalui
|
||||
|
pemerhatian, temu bual
dan
|
uji kaji, pemerhatian,
|
||||
|
kaji selidik.
|
dan ukuran.
|
||||
|
||||||
|
Gabungan kualitatif
dan
|
|||||
|
pendekatan kuantitatif
|
Pendekatan terutamanya
kuantitatif
|
||||
|
||||||
Kekurangan
|
Pendekatan Induktif
dan sintetik
|
Persoalan epistomik
|
||||
|
tidak membenarkan
|
Tiada persoalan
(moral, nilai, dsb)
|
||||
|
pengesahan oleh
eksperimen
|
|||||
|
|
|||||
|
Kerumitan fenomena
|
|||||
|
menyebabkan pengetahuan
terhad
|
Berdasarkan jadual
di atas, adalah jelas menunjukkan yang pendekatan yang berbeza diperlukan untuk
mengkaji kedua-dua bidang diatas. Kekurangan tidak dinafikan akan wujud pada
setiap akhir kajian, tetapi ianya bergantung kepada tahap kesukaran bahan kajian,
masalah dan cara kajian yang dipilih dalam kajian tersebut.
KESIMPULAN
Bidang Sains
Sosial pada dasranya adalah suatu bidang yang sangat luas dan sangat menarik
untuk dipelajari dan dihayati. Walaupun ada juga pendapat yang menegaskan
bahawa bidang Sains Soisal adalah bidang yang rendah tarafnya berbanding Sains
Tulen, penulis tetap percaya yang bidang Sains Sosial ini mempunyai sumbangan
yang besar terhadap kemajuan dan tamadun manusia. Keperluan hidup ketika ini
dan kemajuan yang mendadak dalam hampir semua aspek kehidupan manusia telah
menjadikan bidang Sains Sosial menjadi sangat penting seiring dengan bidang
Sains Tulen.
Aspek dan faktor
yang terlibat dalam kedua-dua bidang Sains ini adalah sangat berbeza antara
satu sama lain. Akan tetapi, bagi mendapatkan kehidupan yang lengkap dan
menyeluruh, kemajuan dalam kedua-dua bidang ini amat perlu. Sebuah negara
membangun atau negara maju, bidang Sains Sosial juga mempunyai peranan yang
sama penting dengan bidang Sains Tulen dalam menentukan halatuju sesebuah
negara itu. Bidang Sains Sosial contohnya telah memberi banyak jawapan tentang
kehidupan manusia dalam masyarakat dan faktor-faktor yang memberi pengaruh
kepada mereka. Oleh itu bidang Sains Sosial patut diberi perhatian yang lebih
untuk memastikan yang bidang ini tidak dipinggirkan.
Pada waktu tugasan
ini ditulis, penulis percaya dan berpendapat yang bidang Sains Sosial tidak
dipinggirkan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun penyertaan pelajar di Universiti
awam di negara ini dalam bidang Sains Sosial masih dikatakan rendah berbanding
bidang Sains Tulen, ianya boleh dianggap normal bagi sebuah negara yang sedang
membangun. Malaysia sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju menjelang
tahun 2020. Dengan itu, keperluan untuk memiliki rakyat yang terlatih dalam
bidang Sains Tulen adalah selaras dengan hasrat dan cita-cita tersebut.
Sedangkan, bidang Sains Sosial telah sekian lama mendapat tempat dan
kedudukannya dalam universiti awam. Apa yang pasti, kedua-dua bidang Sains
Sosial mahupun Sains Tabi’i adalah sangat penting dan saling perlu memerlukan
di antara satu sama lain.
RUJUKAN
Bailey,
K.D. Kaedah penyelidikan sosial.
Terj. Hashim Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cohen,
I. J. (1989). Structuration theory:
Anthony Giddens and the constitution of social life (p. 17). London:
Macmillan.
Hunt,
E.F. & Colander, D.C. 2002. Social
science: An introduction to the study of society. Massachusetts: Allyn
& Bacon.
Machlup,
F. 1994. Are the social science really
inferior? Dlm. Martin, M. & McIntyre, L.C. (pnyt). Readings in the
philosophy of social science, hlm. 5-19. Massachusetts: The MIT Press
Mohd.
Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan
pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ritzer, G. 1996. Sociological theory. Ed. Ke-4. New York:
The McGraw-Hill Companies, Inc.
Rohana
Yusof. 2003. Penyelidikan sains sosial.
Bentong: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ting,
C. P. (1979). Teori sosiologi dan
hubungan ras.