ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Isi Kandungan
Kandungan
|
M/ surat
|
|
1.0
|
Pengenalan
|
3 - 4
|
2.0
|
Ciri-ciri penting untuk memilih peranti storan
sekunder yang sesuai bagi perniagaan yang bersaiz SM berasaskan dalam talian
(Internet)
|
5 - 7
|
3.0
|
Cadangan jenis
peranti storan sekunder
3.1 Storan Awan
(Cloud Storage)
3.1.1 Penerangan
3.1.2 Contoh-contoh
storan awan
3.1.3 Justifikasi
3.1.4 Contoh
bagaimana storan awan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan
dalam talian (Internet)
|
8 - 13
|
3.2 Rangkaian Storan
(Nerwork-Attached Storage - NAS)
3.2.1 Penerangan
3.2.2 Contoh-contoh rangkaian
storan
3.2.3 Justifikasi
3.2.4 Contoh
bagaimana rangkaian storan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan
dalam talian (Internet)
|
13 - 19
|
|
4.0
|
Rujukan
|
20
|
1.0 Pengenalan
Keperluan tugasan ini
adalah untuk mencadangkan dan membincangkan tentang jenis peranti storan
sekunder yang sesuai bagi menyokong perniagaan yang bersaiz Kecil dan Sederhana
(SM) berasaskan dalam talian (Internet).
Rajah
1: Jenis storan komputer yang merangkumi storan utama , storan sekunder dan
penyimpanan luar talian.
Storan sekunder merupakan peranti yang
berfungsi untuk menyimpan arahan atau data secara kekal (non-volatile) dan
tidak terhapus apabila suis komputer dimatikan. Tetapi storan sekunder dianggap
sebagai semipermanent kerana dengan arahan tertentu, arahan atau data di
dalamnya boleh dihapuskan. Muatan data pada storan sekunder dipanggil
densiti. Unit untuk mengukur densiti
bergantung kepada jenis storan sekunder.
Storan sekunder tidak memerlukan ruang atau tempat
simpanan yang besar seperti rak atau almari yang besar dan banyak. Kebolehpercayaan (reliable) data selamat
sekiranya tidak diberi hak penggunaan secara bebas. Data boleh dicapai dengan mudah dan cepat
pada bila-bila masa sahaja. Kos storan
sekunder lebih murah dari kos untuk membeli rak atau almari. Ia boleh menyimpan muatan yang lebih banyak
dan selamat serta jimat masa untuk pencarian data.
Storan sekunder, juga dikenali sebagai penyimpanan
tambahan atau luaran. Ia digunakan untuk menyimpan, membuat sandaran storan
utama melalui replikasi, yang memegang satu salinan sekunder data, dan juga
untuk mengangkut fail yang terdiri daripada data atau program dari satu lokasi
atau komputer yang lain.
Terdapat batasan bagi storan utama jika berbanding
dengan storan sekunder, data yang disimpan di dalam storan utama hilang apabila
kuasa elektrik dimatikan atau terganggu. Ini tidak akan berlaku kepada storan
sekunder. Contoh-contoh untuk peranti storan sekunder adalah pita magnetik, cakera
magnetik, cakera optikal, Bas Bersiri Semesta/ Universal Serial Bus (USB), pemacu
kilat, kad jalur magnet dan lain-lain. Untuk teknologi terkini, penyimpanan
awan sering digunakan untuk storan sekunder.
Rajah 2: Pelbagai
jenis storan sekunder.
Keperluan untuk simpanan terus berkembang
disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi dari pengguna untuk menyimpan
lebih banyak media digital seperti video, muzik, dan imej. Data disimpan pada
storan sekunder kod digital atau mesin, jadi ia tidak perlu diterjemahkan
daripada 1s & 0s apabila ia dihantar ke CPU untuk diproses.
Storan sekunder menyediakan simpanan kekal
atau tidak menentu . Peranti storan sekunder membaca dan menulis data ke media
storan. Membaca adalah proses mendapatkan semula atau mengakses maklumat
daripada peranti storan sekunder. Di samping itu, penulisan adalah proses
menyimpan maklumat ke peranti storan sekunder .
2.0
Ciri-ciri penting untuk memilih peranti storan sekunder yang sesuai bagi
perniagaan yang bersaiz SM berasaskan dalam talian (Internet)
Dalam tahun 2005,
Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah bersetuju supaya definisi PKS
yang sama digunakan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan
perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan. Berikut merupakan definisi untuk
kategori kecil dan sederhana bagi sektor-sektor berkenaan.
Kategori
|
Kecil
|
Sederhana
|
Pembuatan
|
Jualan tahunan
daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM15 juta ATAU bilangan pekerja
sepenuh masa daripada 5 orang kepada kurang daripada 75 orang.
|
Jualan tahunan
daripada RM15 juta kepada tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja
sepenuh masa daripada 75 orang kepada tidak melebihi 200 orang.
|
Perkhidmatan dan
Sektor Lain
|
Jualan tahunan
daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM3 juta ATAU bilangan pekerja
sepenuh masa daripada 5 orang kepada kurang daripada 30 orang.
|
Jualan tahunan
daripada RM3 juta kepada tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja
sepenuh masa daripada 30 orang kepada tidak melebihi 75 orang.
|
Jadual 1: Definisi berdasarkan Saiz Operasi
Dalam persekitaran perniagaan, perniagaan bersaiz kecil atau sederhana
yang berasaskan dalam talian (Internet),
anda akan memerlukan lebih banyak ruang untuk penyimpanan data. Maklumat ini
boleh dalam bentuk e-mel, dokumen, persembahan, pangkalan data, grafik, fail
audio dan sebagainya. Tambahan pula, pertumbuhan data korporat telah mendorong
ramai pengurus penyimpanan untuk memindahkan data kepada peranti storan
sekunder untuk mengurangkan tekanan pada sistem storan utama dan mengekalkan
data yang lebih tua dalam bentuk mudah diakses untuk memenuhi keperluan
perniagaa. Di samping itu, aplikasi yang berfungsi dan melindungi perniagaan
anda memerlukan banyak ruang cakera.
Dari memori flash untuk penyimpanan rangkaian kawasan, perniagaan kecil
dan sederhana mempunyai lebih banyak peranti storan berbanding sebelum ini.
Jadi, kita akan membincangkan mengenai ciri-ciri penting yang perlu
dipertimbangkan dalam memilih jenis peranti storan sekunder yang sesuai untuk
menyokong perniagaan kecil dan sederhana dalam talian:
i.
Kapasiti atau saiz
peranti yang menjimatkan ruang
Syarikat perlu memastikan bahawa jumlah data yang mereka miliki dan
peranti yang sesuai dengannya. Data yang disimpan dalam peranti sekunder boleh
mencapai gigabit (GB) atau terabyte (TB). Pada masa kini , kebanyakan perniagaan
bersaiz SM berasaskan talian memerlukan kapasiti penyimpanan yang lebih besar kerana
setiap versi baru aplikasi perisian atau sistem operasi yang sedang kemas kini
masa memerlukan kapasiti besar untuk melaksanakannya.
ii.
Kebolehpercayaan (reliable)
atau keselamatan peranti
Data adalah bahagian yang paling berharga dan sulit bagi sesebuah
syarikat, supaya mengelakkan ia daripada kebocoran dan melindungi kebaikan
syarikat mereka. Mengenai ciri ini, syarikat-syarikat harus memikirkan tentang
kebolehpercayaan storan sekunder yang dipilih. Berunding dengan penasihat IT
dipercayai untuk memastikan bahawa peranti terbaik dan sesuai telah dipilih.
Data yang disimpan selamat dari pengguna yang tidak mengetahui tentang komputer
atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mahupun pengguna yang tidak diberi
hak penggunaan.
iii.
Mudah dicapai (convenience)
Ia merujuk kepada lokasi fizikal data, dari lokasi syarikat yang perlu
mengakses data dan bagaimana kelajuan yang anda inginkan semasa mengakses data.
Walaupun data ini terletak secara fizikal di mana-mana rangkaian, data yang
boleh diakses serta-merta dan lokasi benar-benar akan menjadi faktor utama bagi
perniagaan bersaiz SM berasaskan talian untuk memilih peranti storan sekunder
yang sesuai. Data atau arahan yang disimpan di dalam storan boleh dicapai
dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. Ia boleh memudahkan pentadbiran
penyimpanan dan sandaran data atau pemulihan dengan keistimewaan yang mudah
dicapai.
iv.
Ekonomi atau kos yang
berpatutan
Dalam usaha untuk mencapai hasil yang paling maksimum, syarikat itu
perlu mencari peranti yang menyediakan kos penyimpanan yang munasabah dan
berpatutan serta terbaik bagi keperluan perniagaan bersaiz SM berasaskan talian.
Kos storan sekunder jauh lebih jimat berbanding kos untuk membeli rak atau
kabinet. Ia lebih ekonomi jika dibandingkan dengan kebaikan iaitu boleh
menyimpan data dengan muatan yang banyak, keselamatan data yang disimpan dan
kemudahan untuk mendapatkan kembali data yang disimpan.
v.
Jangka hayat
Sesetengah peranti sekunder mempunyai jangka hayat yang terbukti sesuai
untuk penggunaan atau aplikasi sehingga 100 tahun. Jadi, ini adalah bahagian
yang perniagaan bersaiz SM berasaskan talian perlu mempertimbangkan sebelum
memilih jenis peranti storan sekunder yang paling sesuai. Mereka mampu untuk
mengekalkan data yang lebih tua dalam peranti dengan kemudahan pengaksesan yang
mudah dan di mana ia juga mampu memantau atau menguasai perkembangan dan pembangunan
perniagaan tanpa kehilangan data.
3.0 Cadangan jenis peranti storan sekunder untuk
menyokong perniagaan bersaiz SM berasaskan talian
3.1 Storan Awan
3.1.1 Penerangan
Kalau dari kata Cloud itu sendiri, ertinya memang awan. Namun, dalam
dunia teknologi, istilah Cloud itu merujuk kepada jaringan internet. Jadi ia
menunjukkan bahawa teknologi yang menghubungkan satu sama lain melalui jaringan
tanpa kabel tersebut. Pengguna boleh menyimpan berbagai fail atau dokumen di
internet melalui penyedia layanan penyimpanan berasaskan cloud tersebut.
Rajah 3: Kemudahan penyimpanan awan yang
memanfaatkan para pengguna.
Hampir semua jenis fail boleh disimpan, seperti muzik, foto dan gambar,
video, dokumen, dan sebagainya. Semua file itu tersimpan tanpa mengurangkan
memori gajet kita. Penyimpanan ini boleh diakses apabila diperlukan, oleh itu
ia membawa kemudahan kepada para pengguna. Tempat penyimpanan cloud sebenarnya
ada di server penyedia layanan penyimpanan cloud, seperti Dropbox, Google Drive,
Box , OneDrive , dan lainnya.
Biasanya pengguna laman web seperti ini akan mewujudkan satu akaun yang
dilindungi dengan kata laluan dan pilih fail untuk peribadi atau fail yang
boleh berkongsi dengan individu tertentu. Mereka boleh log masuk ke mana-mana
komputer atau peranti mudah alih untuk mengakses fail mereka dan ini memastikan
bahawa tidak kira di mana anda berada, fail-fail penting sentiasa bersama dengan
anda. Selain daripada itu, data yang kita simpan terjamin keselamatannya, kita
juga tidak perlu khuatir jika tiba-tiba terjadi masalah pada peranti elektronik
kita. Semua data penting yang kita miliki pun tetap tersimpan aman di dalam penyimpanan
awan.
Kebanyakan laman web
ini menawarkan jenis simpanan secara percuma untuk ruangan yang terhad, namun
anda boleh pilih untuk membayar bagi ruangan tambahan dengan harga yang
munasabah kerana terdapat banyak pilihan yang berbeza dan persaingan sengit dalam
bidang ini.
3.1.2
Contoh-contoh storan
awan
Google Drive
|
Just Cloud
|
Dropbox
|
SkyDrive
|
Copy
|
iCloud
|
Sugar Sync
|
Cubby
|
Box Cloud Storage
|
Jadual 2: Pelbagai
jenis storan awan.
3.1.3
Justifikasi
i.
Keselamatan data
perniagaan dapat dilindungi dalam bentuk yang mudah diakses untuk memenuhi permintaan
perniagaan.
Perniagaan bersaiz SM berasaskan talian sebenarnya
berkeperluan untuk melindungi data yang disimpan di tempat perniagaan mereka dengan
membuat sandaran fail yang paling penting di storan awan. Perkara yang paling
penting ialah mereka mampu berkongsi dengan pelanggan mereka dengan mudahnya walaupun
fail yang bermuatan besar.
Rajah 4: Kemudahan
storan awan meningkatkan prestasi dan daya saingan peniaga.
Manakala dengan rakan-rakan juga dibenarkan pengaksesan
mereka dengan dibekalkan kata laluan untuk perkhidmatan simpanan dalam talian.
Berlandaskan itu, kerumitan untuk menghantar e-mel berisi fail-fail besar dapat
dielakkan. Ia menyediakan cara yang lebih berkesan untuk menaik taraf
perniagaan mereka juga.
Penyimpanan atau storan awan adalah mudah
kerana kita boleh membuat sandaran fail secara tetap. Oleh itu, ia berupaya
melindungi fail tersebut walaupun timbul masalah pada cakera keras komputer
atau menghadapi bencana alam yang di luar jangkaan dan kawalan kita. Selain
daripada itu, kita boleh log masuk ke akaun storan awan dari mana-mana komputer
menggunakan pelayar web, dan ia memang cara yang ideal untuk mendapatkan semula
fail apabila anda berada jauh dari komputer anda.
ii. Menyimpan data atau maklumat dengan kos yang
lebih rendah berbanding kos untuk mewujudkan ruangan simpanan yang besar.
Perniagaan bersaiz SM berasaskan talian boleh bermonolog
sendiri:"Mengapa kita perlukan penyimpanan?" Biasanya, kapasiti
adalah aspek yang paling asas dan yang paling jelas berhubungkait dengan penyimpanan.
Untuk storan awan, ia membolehkan perniagaan untuk menggunakan aplikasi yang dicipta
sebelum ini mudah didapati di web. Kebanyakan perkhidmatan yang disediakan di
bawah storan awan adalah percuma untuk ruangan terhad dan digunakan secara
meluas serta diterima dalam perniagaan.
Sistem penyimpanan mungkin akan kekal sebagai komponen tulang belakang
pada rangkaian anda untuk masa yang sangat lama kerana kos yang sangat tinggi
dan kerumitan untuk menyediakan ruangan simpanan yang besar. Jadi, ia adalah
ideal untuk mencari storan awan yang membekalkan jumlah simpanan yang tinggi dan
dengan kos yang lebih rendah. Sebagai contoh, Cubby merupakan salah satu
syarikat yang menyediakan perkhidmatan storan awan di mana pengguna yang
mendaftar diberi 5GB percuma ruangan simpanan. Pelan tambahan menawarkan 100GB
ruangan dengan hanya bayaran USD 4 setiap bulan, di samping itu, boleh
dinaiktaraf sehingga 2TB dan bayarannya hanya USD 100 bulanan. Ia juga
menawarkan pelan bisnes yang mempunyai tahap sekuriti maksimum dan perkongsian
data yang menakjubkan.
3.1.4 Contoh bagaimana
storan awan digunakan untuk menyokong perniagaan SM berasaskan dalam talian (Internet)
Sebagai contoh, seorang pemilik kedai alat
tulis dan cenderahati, Encik Lim ingin mencari rakan perkongsian demi
mengembangkan liputan perniagaannya di samping membuka laman web sendiri bagi
merentasi bisnes atas talian di mana pelanggan dapat membeli barangan mereka
dengan hanya melayari laman web mereka dan membuat tempahan.
Sementara itu, dalam mesyuarat secara formal
mahupun perbincangan yang tidak rasmi antara mereka, Encik Lim perlu membentangkan
kertas cadangan kepada rakan-rakannya dengan niat mendapat persetujuan dan
persefahaman daripada mereka untuk bekerjasama.
Namun, adalah lebih mudah dan kondusif bagi
Encik Lim seandainya beliau menyimpan fail kertas cadangan atau segala maklumat
berhubung dengan perniagaannya di storan awan supaya lebih mudah diakses di
mana-mana sahaja walaupun tanpa membawa bersama-sama dengan komputer riba peribadinya
atau cakera keras luaran serta pen drive.
Dengan hanya kata laluan untuk log masuk ke
storan awan, maka segala maklumat untuk berkongsi dengan rakan perkongsian dapat
dicapai dengan kadar segera. Tambahan pula ia adalah lebih selamat jika
dibandingkan dengan pen drive atau cakera keras luaran kerana pada masa kini, keselamatan
atau ketenteraman awan merupakan faktor yang perlu diambil berat. Risiko bagi
kehilangan barangan berharga adalah lebih tinggi.
Rajah 5: Pilihan
terletak di tangan pengguna untuk melanggan lebih ruangan atau terus
menggunakan dengan percuma.
Data yang disimpan dalam storan awan tidak
akan dicuri, tetapi komputer riba atau pen drive mungkin akan menghadapi risiko
masalah keselamatan. Di samping itu, kadang-kala kerosakan yang tidak dapat
dijangka mungkin berlaku ke atas gajet-gajet, namun data yang disimpan di
storan awan pula tidak mengalami masalah ini selagi ada sambungan internet,
maka tidak menjadi masalah untuk Encik Lim mendapatkan maklumat atau failnya
untuk menjalankan perbincangan bersama rakan-rakannya.
3.2 Storan Rangkaian/ Network-Attached Storage
(NAS)
3.2.1 Penerangan
NAS adalah penyelesaian penyimpanan yang
sempurna untuk perniagaan bersaiz SM berasaskan talian. Memandangkan storan
awan sangat popular masa kini, banyak laman web dan aplikasi kini menawarkan
storan awan samada berbayar atau percuma, dengan beberapa fungsi tersendiri. Namun
NAS memberi peluang kepada kita untuk membina storan awan sendiri, yang boleh
diakses dari mana jua menerusi sambungan internet. Teknologi storan rangkaian membolehkan
perniagaan untuk menguruskan semua sumber simpanan mereka secara berpusat
dengan menyediakan pelan keseluruhan untuk semua peranti storan dalam syarikat
itu.
Rajah 6: Contoh
kegunaan NAS dalam perniagaan.
NAS adalah sebuah server atau pelayan dengan
sistem operasi yang dikhususkan untuk mereka yang perlukan storan yang selamat
untuk menyimpan, berkongsi dan membuat salinan serta menguruskan pelbagai jenis
fail digital dalam amaun yang besar.
NAS menyediakan kemudahan mengakses data dengan lebih cepat, pengelolaan
dan konfigurasi lebih mudah dan senang. NAS juga mengambil alih fungsi dan
tanggungjawab untuk melayani penanganan berkas dari server lain dalam sebuah
jaringan dan juga menyediakan akses dengan protokol seperti NFS, SMB/CIFS atau
AFP. Ia turut boleh dijadikan sebagai hub multimedia dan hiburan serta boleh
berhubung dengan mana-mana peranti yang serasi.
Rajah 7: “My Cloud Business” keluaran WD yang
mempunyai fungsi-fungsi sesuai dengan keperluan perniagaan bersaiz SM
berasaskan talian.
Contoh ‘My Cloud Business’ iaitu My Cloud DL2100 (2-slot) dan My Cloud
DL4100 (4-slot) produk WD dikuasakan CPU Intel Atom dwi-teras dan dijalankan
menerusi sistem operasi WD My Cloud, OS berasaskan Linux, dengan kapasiti
storan sehingga 24TB. Ia menawarkan ciri tambahan seperti enkripsi AES 256-bit
bagi perlindungan data tertinggi di samping pilihan pelbagai RAID 0, 1, 5, 10
JBOD dan mod spanning. Kelebihannya ialah fungsi membuat salinan terhadap diri
sendiri ke tempat lain, seperti storan awan Amazon S3 dan ElephantDrive. Selain
itu, fungsi satu-sentuhan USB3.0 membolehkan ia membuat salinan dati dari
storan USB luaran yang disambungkan ke port USB padanya, terus ke dalam storan
WD My Cloud.
Sistem NAS membantu mengkonsolidasikan perangkat-perangkat penyimpanan
dengan mengganti hard disk-hard disk kecil yang terhubung ke tiap-tiap komputer
dengan subsistem yang berkapasiti tinggi. Kerana mampu menyediakan kapasiti
simpan hingga beberapa terabyte dengan keadaan fizikal yang kecil, NAS juga berupaya
menjimatkan ruang dalam pusat penyimpanan data. Untuk memastikan akses data
yang cepat, produk NAS dilengkapi dengan satu atau lebih portal Ethernet.
Kesimpulannya, memandangkan kebanyakan
perniagaan kecil tidak mempunyai jabatan IT khusus, maka NAS merupakan jalan
mudah untuk menggunakan, mengurus dan menyatukan kesemua maklumat. Ia
menawarkan cara yang lebih mudah bagi pemilik bisnes untuk menyimpan dan membuat
salinan fail dalam jaringan secara menyeluruh di samping mempertingkatkan daya
saingan bisnes tersebut.
3.2.2 Contoh-contoh Storan Rangkaian (NAS)
QNAP TS-212 TurboNAS
|
Synology CS407
|
Seagate Business Storage Windows NAS Server
|
Drobo 5N Network Attached Storage Array
|
Synology DiskStation DS1513+
|
Synology DS412+
|
Jadual 3: Pelbagai
jenis storan rangkaian (NAS).
3.2.3 Justifikasi
i. Cepat, membantu memudahkan penggunaan, pengaksesan
data dalam persekitaran rangkaian IP yang boleh dipercayai
NAS boleh menjadi asas sebagai cakera keras
tunggal dengan port Ethernet atau terbina dalam sambungan Wi -Fi. Ia juga boleh
menyediakan tambahan USB dan port FireWire di mana ia membolehkan perniagaan
untuk menyambung pemacu keras luaran untuk skala kapasiti penyimpanan
keseluruhan perniagaan.
Sejak peranti
dipasangkan ke dalam rangkaian anda, jadi mana-mana komputer dalam rangkaian
sama boleh mengakses NAS anda. Jadi anda tidak lagi terhad kepada memasang satu
pemacu luaran untuk satu komputer. Hari ini, kebanyakan kita mempunyai lebih
daripada satu komputer dan ini menjadi penyelesaian yang ideal. Melainkan
pejabat anda dilanda bencana, kebakaran atau kecurian, maka kemungkinan rendah
bahawa semua pemacu keras di NAS anda akan gagal pada masa yang sama.
Jika dengan hanya memiliki perniagaan bersaiz
SM, anda mungkin tidak memerlukan sistem server komputer yang sangat kompleks sehingga
perlu mewujudkan bahagian atau unit teknik khas khusus untuk menguruskan data atau
informasi penting. Dengan itu, sistem NAS dalam jaringan kecil untuk dapat
memback-up data secara konsisten dan dilakukan berkala merupakan jalan
penyelesaian.
ii. Pengurusan berpusat dan menyatukan
NAS membolehkan perniagaan untuk menyatukan
penyimpanan, dan dengan itu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos;
memudahkan pentadbiran penyimpanan dan data sandaran dan pemulihan; dan
membolehkan pengukuran mudah untuk memenuhi keperluan penyimpanan yang semakin
meningkat.
Rajah 8: WD Red yang mampu menyokong sistem
NAS sehingga 8 cakera keras sekaligus.
Bagi perniagaan
bersaiz SM akan menghargai ciri-ciri perlindungan data canggih seperti
replikasi data dari peranti ke peranti, sistem penyimpanan RAID termasuk dua atau
lebih pemacu keras setara (seperti dua pemacu 500GB) dalam satu peranti
rangkaian disambungkan. Fail bertulis kepada pemacu utama direkod secara
automatik untuk cakera keras kedua juga. Ini bermakna bahawa jika cakera keras
yang pertama gagal berfungsi, masih akan mempunyai akses kepada semua aplikasi
dan fail pada cakera kedua. Oleh itu, ia memastikan bahawa keselamatan dan
kebolehpercayaan akses kepada data.
3.2.4 Contoh bagaimana rangkain storan digunakan
untuk menyokong perniagaan SM berasaskan dalam talian (Internet)
Pemilik perniagaan SM tentu menginginkan satu
sistem rangkaian penyimpanan data yang berpusat supaya data serta maklumat
penting syarikat dapat dijamin keselamatannya yang maksimum. Sebagai contoh,
seorang usahawan dengan beberapa orang rakan kongsi yang baru menceburi bidang
niaga yang menjual pakaian secara atas talian. Maka data utama syarikat mereka tentu
berkaitan dengan gambar-gambar pakaian serta maklumat asas pelanggan mereka dan
segala yang berhubung dengan bidangnya.
Rajah 9: Ciri-ciri perkhidmatan
yang menepati permintaan pengguna peribadi atau peniaga bersaiz SM.
Cuba bayangkan
seandainya terdapat kegagalan pada sistem pusat komputer mereka, apa yang akan
terjadi? Tentu kerugian yang amat besar harus ditanggung termasuk data pengguna
yang mereka miliki akan menyusahkan operasi seterusnya. Oleh itu, dengan
bantuan storan rangkaian(NAS) yang teknologinya semakin canggih hari ini, maka
kerisauan mereka boleh reda kerana seperti yang dibincang pada sebelum ini,
data yang disimpan akan membuat salinan secara automatik untuk mengelakkan
cakera keras utama tergendala atau gagal berfungsi.
Selain daripada itu, pemilik dapat mengakses
semua data yang tersimpan dalam storan rangkaian dengan smartphone dan notebook
yang anda miliki. Kemudahan yang sungguh selesa dikecapi dan maklumat yang
dicapai mampu memberi kelebihan dan mempertingkatkan saingan perniagaan dalam
bidang mereka.
(2975 patah perkataan)
4.0
Rujukan
EMC Education
Services (2009). Information Storage and Management Training. EMC
Hashim, M. K., and Wafa,
S. A. 2002. Small & medium sized enterprises in Malaysia: Development
issues. Petaling Jaya, Malaysia: Prentice Hall.
Hibbard, E.
(2011). SNIA Storage Security Best Practices. Storage Networking
IndustryAssociation (SNIA)
Mengenali
Network-Attached Storage – NAS. (2014). Diakses pada 1 Jun 2016, dari https://irmanista.wordpress.com/2014/01/10/mengenali-network-attached-storage-nas/
NAS:
Enterprise-class storage made easy for the SME. Diakses pada 1 Jun 2016, dari https://www.businessdirect.bt.com/blog/nas-enterprise-class-storage-made-easy-for-the-sme-1930
Network
Attached Storage: 5 Solutions Compared. Diakses pada 30 Mei 2016, dari http://www.tomsitpro.com/articles/network-attached-storage-solutions,2-703.html
Opsyen
storan Surface. (n.d.). Diakses pada 30 Mei 2016, dari http://www.microsoft.com/surface/ms-my/support/storage-files-and-folders/surface-storage-options
Perbadanan
Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia - Definisi PKS. (n.d.). Diakses pada 30
Mei 2016, dari http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/polisi/2015-12-21-09-09-49/sme-definition/87-definisi-pks-sme-info
What is a
secondary storage device? (n.d.). Diakses pada 2 Jun 2016, dari http://www.computerhope.com/jargon/s/secostor.htm